dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas PC Hardware – PC Parts & Components, Microsoft Office – Powerpoint, & Advokasi

11 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas PC Hardware iaitu PC parts & components, Microsoft Office – Powerpoint, dan advokasi . Peserta didedahkan kepada komponen-komponen komputer dan fungsinya seperti monitor, skrin komputer, tetikus dan papan kekunci. Peserta turut diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Powerpoint 2016. Mereka diajar cara untuk menaip biodata diri dalam setiap slide sebagai latihan dan untuk membiasakan mereka dengan penggunaan Microsoft Office Powerpoint.

Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.