dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Perlancaran Maxis E-Kelas

08 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2017, pihak Maxis telah mengadakan pendaftaran pelajar dalam portal e-kelas Maxis di Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Program e-kelas merupakan program komuniti dari Maxis yang menyediakan pembelajaran secara talian (online) kepada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 yang memfokus kepada 3 subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Program e-kelas disampaikan melalui Pusat Internet 1 Malaysia, Pusat Jalurlebar Komuniti (WK) yang disediakan sebagai penghubung kepada komuniti khususnya di luar bandar.

Melalui portal e-kelas, pelajar dapat menyesuaikan penglibatan mereka untuk mengakses kandungan pembelajaran yang menarik minat mereka, berinteraksi sesama rakan yang telah mendaftar dalam portal dan juga berkongsi pengalaman pembelajaran di sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.