dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Check Your Label, E-Waste & Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital

29 Mei 2017 | Aktiviti Terkini

Dalam kelas ini,mereka telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Mereka juga telah didedahkan untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste).

Selain itu, merekan ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah. Dalam segmen Klik Dengan Bijak iaitu hak dan tanggungjawab warga digital, para peserta telah dimaklumkan mengenai jenayah siber, agensi yang bertanggungjawab memantau aktiviti siber dan hukuman yang boleh dikenakan terhadap penjenayah siber. Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu selama 2 jam ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.