dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Website – Blog, Microsoft Office - Words & Advokasi

08 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2018, seorang pelajar lepasan SPM 2017 telah datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu untuk mendaftar akaun goggle mail bagi membolehkan beliau untuk mencipta akaun blogger. Beliau telah diajar langkah demi langkah mengenai cara untuk mencipta akaun serta dijelaskan tentang alatan dan fungsi setiap alatan yang terdapat dalam blog tersebut untuk memudahkan penulisan blog. Beliau juga digalakkan untuk menulis blog berkaitan biodata diri sebagai permulaan. Selain itu, terdapat beberapa orang surirumah yang meminta tunjuk ajar dari PI Melugu tentang cara untuk memasukkan table menggunakan Microsoft Words.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti menaip nama di dalam table, menyelarikan garisan table mengikut keperluan dan menambah bilangan table. Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan segmen Check Your Label dimana mereka diajar untuk mengenalpasti peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah didedahkan kan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa dan digalakkan untuk menghantar telefon yang tidak digunakan lagi ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Selain itu, pengetahuan mengenai cara-cara untuk menguruskan e-sisa dengan betul turut diperjelaskan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.