dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Microsoft Office – Powerpoint & Advokasi

6 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office – Powerpoint dan advokasi kepada ahli-ahli PI Melugu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih dan memantapkan kemahiran ICT dalam kalangan peserta terutamanya Microsoft Office Powerpoint serta mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, pelajar diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Powerpoint 2016. Mereka digalakkan menaip biodata diri sebagai latihan asas pengenalan Microsoft Powerpoint untuk membiasakan mereka menggunakan aplikasi berkenaan.

Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka diajar cara untuk mengenalpasti peralatan elektronik khususnya telefon pintar yang mempunyai label MCMC atau tidak. Selain itu, peserta juga telah diterangkan mengenai peralatan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa serta menggalakkan mereka untuk menghantar e-sisa ke Pusat Internet Melugu supaya dapat dilupuskan dengan cara yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.