Program One Stop Centre (Osc) Hari Bersama Pelanggan Madani Daerah Sri Aman Tahun 2025 X Nadi Kluster Sri Aman

14 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

SRI AMAN, 13 Dis - Program One Stop Centre (OSC) Hari Bersama Pelanggan MADANI Daerah Sri Aman Tahun 2025, berfungsi sebagai platform sehenti bagi komuniti di bandar Simanggang.

Ia adalah untuk membuat semakan, pendaftaran, mendapatkan maklumat bantuan, saringan kesihatan, pelan kewangan, latihan kemahiran serta pelbagai inisiatif kerajaan yang lain.

Menurut kenyataan media Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), program ini adalah inisiatif dibawah Inisiatif Kesejahteraan Rakyat (Sejahtera MADANI).

Ia menghimpunkan pelbagai bentuk perkhidmatan daripada 28 agensi kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun, JKKK SejaTi MADANI serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan objektif utama untuk memangkas kemiskinan serta memastikan perkhidmatan kerajaan sentiasa dekat dengan rakyat, mudah diakses dan berkesan.

Antara aktiviti dan pengisian menarik yang ditawarkan adalah taklimat kerjaya, jualan rahmah MADANI serta penyampaian ceramah berhubung kemiskinan, kerjaya dan simpanan SSPN.

Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan.
Turut hadir, Pengarah ICU JPM Sarawak, Dato Jasni Jubii dan Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.
AZIEMAH KASSIM

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali