KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) X NADI KLUSTER SRI AMAN
7 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 Ogos, seramai 9 wakil daripada Nadi Kluster Sri Aman telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat melibatkan 72 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 dari SK Sri Aman. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada murid tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Melalui pelaksanaan RSP Modul 2, para peserta didedahkan dengan pelbagai aspek keselamatan digital termasuk cara melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti risiko siber seperti buli siber dan penipuan dalam talian, serta mengamalkan etika penggunaan internet dalam kehidupan seharian.
Program ini turut mendapat sambutan positif daripada para guru yang melihat inisiatif ini sebagai langkah awal yang penting dalam membentuk generasi celik digital yang bijak dan beretika. Para pelajar juga menunjukkan minat dan kesungguhan sepanjang sesi berlangsung, selain dapat berinteraksi secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Ikon K-DAT :
Ikon K-DAT (Guru) : Cikgu Jallaliah Binti Mohd Zakeria
Jawatan: Guru ICT
Ikon K-DAT (Murid) : Alvin Mcryan Anak Alban Nangkai
Pelajar Tahun 5.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: