NADI MELUGU X WELLBEING – PODCAST ANAK AUTISME & SEKOLAH: IBU BAPA PERLU FAHAM, BUKAN SERAH BULAT-BULAT

8 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Satu sesi webinar bertajuk “Anak Autisme & Sekolah: Ibu Bapa Perlu Faham, Bukan Serah Bulat-Bulat” telah disiarkan secara atas talian bertujuan untuk membuka ruang perbincangan tentang cabaran serta peranan penting ibu bapa dalam menyokong pendidikan anak-anak autisme.

Podcast ini turut menyentuh topik seperti kesedaran awal, kepentingan penilaian profesional, serta bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan sebagai penyokong utama dalam membentuk perkembangan sosial dan akademik anak mereka.

Reaksi pendengar terhadap episod ini sangat positif, dengan ramai berkongsi pengalaman dan rasa terinspirasi untuk lebih proaktif dalam memahami dunia anak-anak autisme.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali