LATIHAN ATAS TALIAN - HAK ASASI MANUSIA DAN PIAWAIAN BURUH

15 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2025, satu sesi latihan “"Human Rights and Labour Standards + Anti-Child & Forced Labour” telah diadakan melibatkan penyertaan penolong pengurus. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta mengenai kepentingan hak asasi manusia serta pematuhan terhadap piawaian buruh, khususnya berkaitan isu buruh kanak-kanak dan buruh paksa.

Antara topik yang dibincangkan termasuk prinsip asas hak pekerja, perundangan tempatan dan antarabangsa berkaitan buruh, serta langkah-langkah pencegahan terhadap eksploitasi kanak-kanak dan pekerja paksa di tempat kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali