Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 2 (Minggu 4)
16 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Ogos 2025, Seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet.
Pada kelas minggu ke-4 ini topik yang dibincangkan ialah pengenalan kepada apa itu pola, simbol asas pada pola beserta keterangannya, garisan asas pola, ciri-ciri apron, pola badan apron, contoh pola poket dan tali, cara ubah suai pola S,M dan L. Peserta kemudian diarahkan untuk melaksanakan praktikal mendraf pola apron.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: