NADI MELUGU X NURTURE DILEA: WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS

20 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Webinar Berkala Bahasa Inggeris yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webinar ini memberi tumpuan khusus kepada pengukuhan format penulisan dan persediaan menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Sesi ini bertujuan membantu para pelajar meningkatkan penguasaan mereka terhadap struktur soalan, teknik menjawab, serta penggunaan bahasa yang betul dan efektif dalam penulisan. Latihan berfokus dan panduan langkah demi langkah telah diberikan oleh tenaga pengajar berpengalaman bagi memastikan peserta lebih bersedia menghadapi peperiksaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali