NADI MELUGU X WELLBEING – PODCAST: BIPOLAR BUKAN TREND – INI KISAH SEBENAR PEJUANG MENTAL HEALTH

22 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Satu sesi podcast bertajuk "Bipolar Bukan Trend – Ini Kisah Sebenar Pejuang Mental Health” telah disiarkan secara atas talian menampilkan kisah sebenar penghidap gangguan bipolar yang berkongsi perjalanan hidup mereka dalam menghadapi cabaran kesihatan mental. Podcast ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang gangguan bipolar, yang sering disalah anggap sebagai trend atau sekadar perubahan emosi biasa.

Antara mesej penting yang diketengahkan ialah perlunya masyarakat menghapuskan stigma terhadap kesihatan mental dan memberikan ruang selamat kepada mereka yang sedang berjuang. Podcast ini juga menegaskan bahawa gangguan bipolar bukan satu 'gaya hidup' atau alasan untuk berkelakuan luar kawalan, sebaliknya ia adalah keadaan perubatan yang memerlukan pemahaman dan rawatan berterusan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali