Kelas Nadi X Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Pertanian Pintar – Intake 1 (Minggu 10)
10 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2025, seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Pertanian Pintar yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-10 ini bertujuan untuk mempelajari tentang teknologi lepas tuai dan pembungkusan.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang lepas. Pada kelas minggu ke-10 ini, Cikgu Ahmad Hanif memberi penerangan mengenai tuaian, teknologi lepas tuai, jenis kecacatan lepas tuai, pencegahan dan pengurusan, perubahan kualiti pada buah-buahan dan sayur-sayuran serta jenis-jenis pembungkusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: