Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 9 )
15 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-9 ini bertujuan untuk mempraktikkan cara membuat tanda basi pada fabrik dan memotong fabrik.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah disertai pada masa yang lepas. Dalam kelas ini, peserta telah belajar tentang layout cara memotong fabrik kosong dan layout cara memotong fabrik corak berkaki.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: