Nadi X Pembelajaran Sepanjang Hayat – Pertandingan Nadi E-Sukan Sarawak

20 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April 2025, peserta yang mewakili Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Pertandingan Mobile Legend Bang Bang mengikut tarikh dan jadual yang telah ditetapkan. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan memilih NADI yang akan bertanding di peringkat seterusnya.

Dalam pertandingan pada sesi pertama ini, NADI Melugu telah bertanding dengan 3 buah NADI dalam Group 2 iaitu NADI Peninjau, NADI Sungai Plan dan NADI Bayong. Keputusan pertandingan adalah 2 kalah 1 menang.

Selain itu, peserta juga telah menyertai 2 kelas kesedaran di LMS E-sukan bertajuk Modul Literasi Digital dan Masa Depan Komuniti serta Mental Kuat Rank Naik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali