PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN X NADI MELUGU
6 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 05 Julai 2025, Satu program kesedaran remaja bertajuk Program Advokasi KafeTEEN @ NADI Melugu telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para remaja mengenai pelbagai aspek kesihatan dan kesejahteraan diri.
Antara pengisian utama program ini termasuklah ceramah berkaitan kesihatan remaja, pemahaman mengenai mitos dan fakta keganasan berasaskan gender, bahaya penyalahgunaan dadah dan rokok, pengurusan berat badan secara sihat, serta kesihatan mental dan seksualiti.
Program ini turut disertai oleh tenaga pakar dalam bidang masing-masing bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat, relevan dan mudah difahami oleh golongan sasaran.Dengan pelaksanaan program seperti ini, diharap para remaja dapat meningkatkan tahap kesedaran diri, seterusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat serta menjauhi sebarang bentuk tingkah laku berisiko.
Semoga Program Advokasi KafeTEEN @ NADI ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat khususnya dalam usaha melahirkan generasi remaja yang berpengetahuan dan seimbang dari segi fizikal, emosi dan sosial.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: