NADI MELUGU X KIDVENTURE (KOHORT 3)
6 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 05 Julai 2025, Satu tayangan video yang bertajuk "Pengenalan Pemasaran dan Perancangan Operasi Perniagaan" telah dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas-asas penting dalam dunia keusahawanan. Tayangan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang strategi pemasaran serta kepentingan merancang operasi perniagaan secara sistematik. Melalui tayangan ini, peserta didedahkan kepada konsep seperti segmentasi pasaran, strategi penjenamaan, saluran pengedaran serta pengurusan operasi harian perniagaan. Aktiviti ini diharap dapat memupuk minat dan memberi panduan kepada peserta untuk memulakan dan menguruskan perniagaan dengan lebih efektif dan berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: