Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Foto – Intake 2 (Minggu 2)
29 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Julai 2025, seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Foto yang diadakan menggunakan platform Mahir Training System (MTS).
Pada kelas minggu ke-2 ini, peserta didedahkan kepada asas fotografi. Antara topik yang dibincangkan ialah pengenalan fotografi, pemahaman asas mengenai sejarah fotografi dan pelbagai jenis kamera yang digunakan serta fungsi-fungsi penting yang terdapat pada setiap jenis kamera.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: