KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) X NADI KLUSTER SRI AMAN

3 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 02 September, Nadi Kluster Sri Aman telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat melibatkan 20 murid keseluruhan daripada Tahap 1 dan Tahap 2 dari SK Pulai Seduku, Sri Aman. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada murid tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.

Program ini turut mendapat sambutan positif daripada para guru yang melihat inisiatif ini sebagai langkah awal yang penting dalam membentuk generasi celik digital yang bijak dan beretika. Para pelajar juga menunjukkan minat dan kesungguhan sepanjang sesi berlangsung, selain dapat berinteraksi secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Ikon K-DAT (Guru) :
Cikgu Mohamad Nurfizani Bin Abdul Rahim
Jawatan: Guru ICT

Ikon K-DAT (Murid) :
Muhammad Qhaleef Mustaqim Bin Rosli
Pelajar Tahun 6

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali