PROGRAM KHAS MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI MELUGU
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniNADI Melugu telah menganjurkan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia pada Ahad, 07 September 2025 bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini diadakan serentak di semua NADI seluruh Malaysia, dengan acara kemuncak menanti kehadiran YB Menteri Komunikasi yang dijadualkan hadir ke NADI Kampung Sungai Imam pada jam 1.00 tengah hari. Seramai 50 bilangan peserta telah hadir bagi menjayakan program ini.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya:
1. Pertandingan mewarna bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah
2. Kuiz Kemerdekaan untuk kategori sekolah menengah
3. Aktiviti keusahawanan dengan pelbagai juadah menarik dijual oleh para usahawan tempatan
4. Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada para peserta
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan dan perpaduan, malah turut memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama meraikan sambutan bermakna ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: