NADI MELUGU X WELLBEING – WEBINAR: SIHAT DARI AKAR UMBI: BAGAIMANA MICROBIOME & EPIGENETIK KAWAL KESIHATAN KITA
13 September 2025 | Aktiviti TerkiniSatu sesi webinar bertajuk “Sihat Dari Akar Umbi: Bagaimana Microbiome & Epigenetik Kawal Kesihatan Kita” telah disiarkan secara atas talian bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan microbiome dan epigenetik dalam mempengaruhi kesihatan.
Webinar ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta tentang bagaimana faktor dalaman seperti mikroorganisma dalam tubuh serta perubahan genetik boleh mempengaruhi gaya hidup dan kesejahteraan keseluruhan. Melalui perkongsian ilmu oleh penceramah berpengalaman, para peserta berpeluang memperoleh maklumat berguna untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: