NADI MELUGU X WELLBEING – PODCAST BUKAN SEKADAR MENENDANG – RAHSIA TAEKWONDO BINA TUBUH SIHAT

20 September 2025 | Aktiviti Terkini

Satu sesi podcast bertajuk "Bukan Sekadar Menendang – Rahsia Taekwondo Bina Tubuh Sihat” telah disiarkan secara atas talian. Dalam perkongsian kali ini, Master Chauw Proom Wichit membincangkan bagaimana latihan Taekwondo dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih aktif sekali gus mengurangkan risiko obesiti, selain menerangkan perbezaan antara latihan Taekwondo dan senaman biasa di gim. Beliau juga menjelaskan bahawa tidak pernah terlambat untuk orang dewasa memulakan latihan Taekwondo kerana seni mempertahankan diri ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kecergasan fizikal tetapi turut meningkatkan disiplin dan keyakinan diri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali