KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) X NADI KLUSTER SRI AMAN
27 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 September, seramai 7 wakil daripada Nadi Kluster Sri Aman telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat melibatkan 11 buah sekolah iaitu 120 pelajar keseluruhan. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada murid tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Program ini turut mendapat sambutan positif daripada para guru yang melihat inisiatif ini sebagai langkah awal yang penting dalam membentuk generasi celik digital yang bijak dan beretika. Para pelajar juga menunjukkan minat dan kesungguhan sepanjang sesi berlangsung, selain dapat berinteraksi secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Sekolah yang terlibat:
1. SMK Lubok Antu
2. SK Lubok Antu
3. SK Melaban
4. SK Skarok
5. SK Batang Ai
6. SK Ridan
7. SK Ulu Engkari
8. SK Nanga Menjuau
9. SK Nanga Kesit
10. SK Nanga Menyebat
11. SK Sbangki
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: