PROGRAM NADI X CYBERSECURITY (LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA)

14 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2025, satu bengkel keselamatan siber bertajuk “Lindungi Identiti Digital Anda” telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu keselamatan dalam talian yang semakin membimbangkan. Bengkel ini memberi penekanan terhadap ancaman kebocoran data peribadi, risiko keselamatan di internet, bahaya dark web, serta aspek undang-undang siber yang berkaitan dengan perlindungan data dan privasi.

Peserta menunjukkan minat yang tinggi terhadap topik ini, memandangkan ramai pengguna internet hari ini terdedah kepada pelbagai risiko siber tanpa disedari. Penganjuran bengkel ini diharap dapat melahirkan masyarakat yang lebih peka dan bertanggungjawab dalam melindungi identiti digital mereka di era teknologi yang serba pantas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali