PROGRAM NADI X CYBERSECURITY: MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK
14 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2025, satu bengkel keselamatan siber bertajuk “Memahami Risiko Siber Dalam Permainan Online Anak” telah diadakan bagi memberi kesedaran kepada para peserta mengenai ancaman keselamatan siber yang semakin meningkat dalam dunia permainan atas talian, khususnya yang melibatkan kanak-kanak.
Webinar ini bertujuan untuk membantu ibu bapa, penjaga dan masyarakat memahami potensi risiko seperti pendedahan kepada kandungan tidak sesuai, ancaman penggodaman, dan risiko penipuan siber yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak. Melalui sesi ini, peserta turut didedahkan kepada langkah-langkah pencegahan dan amalan keselamatan siber yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: