LATIHAN ATAS TALIAN PERLINDUNGAN DATA & PRIVASI – KETAHUI TANGGUNGJAWAB ANDA

14 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2025, satu sesi latihan “Strategic Thinking: From Vision to Action” telah diadakan melibatkan penyertaan para pengurus dan penolong pengurus. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perlindungan data dan privasi dalam urusan kerja seharian.

Sepanjang sesi latihan, para peserta didedahkan kepada prinsip-prinsip asas perlindungan data, hak individu berkaitan privasi, serta tanggungjawab setiap pihak dalam mengurus dan melindungi maklumat peribadi dengan selamat dan beretika. Latihan ini juga menekankan kepentingan pematuhan terhadap undang-undang dan polisi organisasi berkaitan pengurusan data.

Penyertaan Nadi Melugu dalam latihan ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan keupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab berkaitan perlindungan data secara lebih efektif, seterusnya menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali