Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 18)

19 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2025, seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-18 ini ialah kesinambungan daripada minggu lepas iaitu menjahit tudung 2 lapis. Pertama, peserta perlu menjahit tepi halus dan diikuti dengan menjahit bahagian hadapan tudung tersebut.

Dalam kelas ini, peserta juga diajar cara untuk membuat dan menghantar tugasan ke dalam sistem MTS dan semestinya akan dibantu oleh petugas NADI. Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi kelas Mahir Jahit Intake 1, Syabas dan tahniah kami ucapkan !.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali