LATIHAN ATAS TALIAN TINGKATKAN ETIKA KERJA DAN IMEJ PROFESIONAL
9 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mei 2025, satu sesi latihan bertajuk “Business Etiquette and Personal Grooming” telah dianjurkan dan dihadiri oleh para pengurus serta penolong pengurus. Latihan ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam etika perniagaan serta penjagaan penampilan diri yang sesuai dalam konteks profesional.
Sepanjang sesi, para peserta diberi pendedahan mengenai tatacara pergaulan dalam dunia korporat, etika ketika menghadiri mesyuarat atau majlis rasmi, serta cara berpakaian dan pembawaan diri yang mencerminkan imej profesional dan meyakinkan. Aspek komunikasi asas dan bahasa tubuh yang sesuai juga turut diketengahkan.
Latihan ini diharap dapat membantu para peserta memperkukuh keyakinan diri, meningkatkan penampilan profesional serta membina reputasi yang positif dalam persekitaran kerja, selari dengan aspirasi organisasi ke arah kecemerlangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: